Program 'Soaring the Eagle' (STE) yang bermula pada 3 januari telahpun berakhir. Aku tidak pernah sesekali menyangka bahawa aktiviti-aktiviti sebegini mampu memberi kesan yang mendalam pada diriku. Jika aku tak silap, program yang mendatangkan kesan yang sama pada masa yang lalu adalah 'Dharma Youth Camp' (DYC) dan 'La Sallian's Leader National Convention'.
Asalnya, kalau ikut hajat hati, ingin kuponteng STE. Tak kiralah hendak memberi apa jua alasannya. Sebab aku sudah membuat perancangan untuk pergi ke Sabah, negeri di bawah bayu. Sebuah tempat yang kurindu sehingga kini. Namun masa telah membuktikan pilihanku untuk menyertai STE adalah tepat. STE telah membuka mataku, untuk melihat dunia dari arah yang lain. Jika sebelum ini mataku sudah terbuka, STE memperluaskan pandanganku lagi.
PETRONAS Permata mengingatkan diriku tentang Grand Blue Wave Hotel and Taiping Bukit Merah Resort, tempat di mana aku menyertai Program Kecemerlangan BAKTI pada 2005 dan 2006. Setaraf. Aku pernah mendengar cerita tentang STE daripada kawan-kawan yang pernah menyertainya sebelum ini, tetapi, tempat yang digelar syurga oleh para peserta ini jauh berbeza daripada gambaran yang diberikan. Bilik berpenghawa dingin, pemanas air, gim untuk bersenam, basikal untuk dipinjam, gelanggang dan padang boleh untuk digunakan dan pool serta snuker tidak dikecualikan. Ah, tempat ini bagaikan mimpi indah untuk orang yang dijemput menyertai sebuah kem!
Tambahan pula, kumpulan aku (Group 2) terdiri daripada 20 orang rakan yang hebat-hebat belaka serta 2 orang facilatator yang memang terbaik sekali. Aku tidak mengharapkan sesuatu yang mustahil, cuma berharap ikatan persahabatan yang terbina dalam masa 5 hari setengah ini tidak mudah diputuskan begitu sahaja kerana walaupun masanya adalah singkat, namun aku sangat gembira kerana dapat mengenali mereka semua dan lebih mengenali kawan yang telah berkenalan sebelum STE.
Kak Mas (kiri) dan Kak Azi (kanan) yang mengendalikan kumpulan 2, pada pendapat saya, berjiwa muda. Mungkin mereka pernah melalui zaman yang bergelar remaja namun, kata-kata serta tingkah laku mereka tidak berubah seperti sebahagian daripada kita. Kemunculan mereka berdua telah memberi inspirasi yang baru untukku, memberitahuku impian yang pernah sekali berkabur menjadi mimpi masih boleh menjadi harapan yang menyinar di hujung jalan. Cuma, persoalannya, apakah aku dapat memberi alasan yang kukuh untuk terus mempercayai cerita masa depan masih menungguku untuk mengukir plotnya? Jawabnya sudah tentu aku ada.
Perjalanan 5 hari setengah di Permata sudah cukup untuk mendewasakan pemikiranku, sekurang-kurangnya aku dapat berfikir setaraf lebih tinggi dan selangkah lebih jauh daripada sebelum ini. Aku cuma berharap STE mengambil tempatnya sebelum aku melangkah masuk ke alam sarjana muda. Untung sekali junior-junior yang bakal mengelar diri mereka sebagai Student 1st year 1st sem. Semoga mereka dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Bagiku, masih belum terlambat lagi jika nak memulakannya. Walaupun mungkin terlambat sedikit, namun aku masih mempunyai masa yang tinggal untuk berubah.
Kawan? Eh, banyak! Ada roy, pete, zaid, deen, syuhada, allen, mazuin, azimah, fauzan, haziq, syuk, ridhwan, haiqal, dan imi. Yang lain boleh kata dah kenal sebelum ini. Namun, kehadiran mereka serba sedikit bakal mempengaruhi kisah hidupku di bab seterusnya. Aku juga berharap aku telah meninggalkan sedikit impak terhadap semua, biarlah dari sudut yang baik mahupun buruk. Yang baik terus dijadikan kenangan dan yang buruk dijadikan iktibar untuk diingati.
Ish..Berani korang ambil gambar tanpa aku ye..
Pendek kata, kem ini memang one of the best so far untuk aku. Mungkin jika aku diletakkan dalam group lain, lain pula kesudahannya. Jadi, bersyukurlah kita ditemukan dalam satu kem, satu tempat, satu kumpulan dan satu persahabatan. Si anak helang akan membesar suatu hari nanti, membuka sayapnya dan akan berterbangan megah di udara. Nescayalah.
I miss u guys..