Tuesday, August 11, 2009

Kehidupanku di UTP

Sesungguhnya kehidupan di universiti tidak semudah yang disangkakan..bangun pada jam 6-7 setiap pagi, berjalan kaki untuk menghadiri kuliah, tiada kemudahan internet di bilik, belajar @ bermain sehingga lewat malam..barangkali kerana aku belajar di IPTS sekarang, tidak sama seperti di IPTA..

keadaan kini telah bersilih ganti..jika pada awal pengajian aku di sini aku hanya menatap pada skrin komputer riba mahupun bermandi peluh dengan raket badmintonku, kini kehidupan seharianku lebih sibuk..kerja rumah dan laporan makmal perlu disiapkan, ulangkaji perlu dibuat setiap malam, mesyuarat demi mesyuarat pada waktu malam..oh, hidup tidak semudah yang kusangka!

sudah hampir sebulan aku berada di UTP, sebuah universiti yang ingin kumasuki sebelum aku berlepas ke UMS dan menyukai kehidupan di sana..tekanan untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya semakin dirasai..aku bukan seseorang yang akan belajar 24jam sehari atau berhadapan dengan buku seberat buah tembikai..namun apakah dayaku?persaingan terlalu hebat di sini malah teknik belajar yang diguna pakai untuk SPM atau STPM pasti menggali kuburku sendiri..kata orang, nasib yang baik jarang berulang lagi..apakah aku hanya bernasib baik selama ini?

kelas yang awal bermula pada 8 pagi di sini namun aku terpaksa bangun lebih awal untuk menyiapkan diri dan berjalan ke bilik kuliah memandangkan pengangkutan tidak disediakan oleh pihak universiti sebagaimana yang disediakan di UMS..jika dibandingkan, UMS jauh lebih besar dan luas berbanding dengan UTP walaupun banyak kawasan yang belum dibangunkan dan pembinaan masih dijalankan di sesetengah kawasan..kebanyakan jadual waktu pembelajaran sudah ditetapkan; hanya satu atau dua kelas yang boleh dipilih masanya..hal ini menyebabkan aku terpaksa belajar pada waktu petang hari Jumaat dan sesetengah kawanku daripada kursus yang lain telah pulang ke rumah atau beristirehat di bilik masing-masing..

aku telah menyertai program 30-hour famine dan menjadi AJK..mesyuarat yang PENDEK seringkali diadakan pada waktu malam, di antara 8 malam dan 10 malam..tempatnya di kolej kediaman yang lain dan aku perlu berjalan kaki ke sana kebanyakan masanya(tiada motor, tiada basikal, cuma sepasang kaki)..walau bagaimanapun, 30-hour famine merupakan aktiviti rasmi pertamaku di UTP, jadi aku tidak sabar untuk menunggu ketibaan hari tersebut(walaupun aku mempunyai hal yang amat penting di Teluk Intan untuk disiapkan)..

dan secara tidak langsung, aku telah menyertai Tae Kwon Do semula di UTP..ketika "berhenti" di Form3/4 dengan alasan hilang minat, namun jauh dalam sanubari aku terasa sayang sekali..bertali pinggang hitam dan terpilih untuk sesi pemilihan wakil SUKMA(atau SUPER?sudah lupa lah)..tetapi jadual latihan di sini akan menjadikan hidupku bertambah sukar saban hari..pada hari Selasa bermula pada pukul 10malam sehinnga 12tengah malam (dan keesokan harinya kelas pada pukul 8pagi serta memerlukan sekurang-kurangnya 20minit untuk berjalan ke sana) dan juga hari Jumaat waktu yang sama(tak jadi balik dah)

Entah apa yang bakal menimpa aku kemudian..surat tawaran biasiswa belum sampai, tidak tahu buat laporan makmal, tidak dapat bermain badminton lagi, tidur lewat bangun awal..terasa rindu pula pada UMS..namun, apakah dayaku untuk mengubah perjalananku ini..tetapi aku telah memilih jalan ini dan nescaya aku akan mengharunginya sehingga akhir nanti..aku akan dan pasti dapat membuktikannya suatu hari nanti..

p/s-feel like writing in BM so..hehe..it's been awhile since i write something in BM..the last was Pihak Ketiga for & in the school magazine..hehe..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sorri, typed wrong comment earlier....anyway, don't worry, we'll all get through this and we'll look back on it fondly one day. Oh yeah, nice dat u wrote in BM. Gave me the chance to practice reading it again...I karat ady after 7 months...haha

    ReplyDelete